Belum Fikir Kahwin, Anis al-Idrus Nafi Sharnaaz Ahmad Panas Baran
Pertemuan bersama dengan rakan rapat Sharnaaz Ahmad iaitu Anis al-Idrus yang dikatakan kini telah menjadi kekasihnya, di majlis tayangan filem Dollah Superstar nampaknya seperti benar apa yang telah diperlatakan sebelum ini.
Anis yang juga merupakan seorang model memberitahu tujuannya datang bersama adalah kerana mahu bersama Sharnaaz menyokong filem itu. Tambahnya lagi, dia dan Sharnaaz masih lagi dalam proses mengenali dan memberitahu Sharnaaz begitu baik sekali terhadapnya, selain menyangkal dakwaan yang mengatakan Sharnaaz itu seorang yang panas baran.
“Saya datang kerana hanya menyokong dia dan dia agak teruja menantikan filem ini. Saya sedang mengenali dan dia sangat baik. Saya dah kenal dia dekat 2 tahun. Bagi saya dia langsung tidak panas baran. Cerita dia yang lepas saya tak tau apa pun. Apa yang penting dia sangat baik”
Bercakap tentang masa hadapan Anis al-Idrus mengakui belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz Ahmad selepas mengenali pelakon itu dua tahun lalu.
“Saya masih muda dan belum masanya untuk saya memikirkan soal kahwin. Biarlah saya fokus terhadap kerjaya peragaan saya dulu,” ujar Anis lagi
Sejarah percintaan Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad tidak langsung menggoyahkan perhubungan mereka, malah Anis sendiri tidak mahu untuk mengenangkan kisah lama mereka itu dan mahu untuk terus bergerak ke hadapan.
“Bagi saya apa yang lepas, biarkan lepas. Saya pun tak menilai dia daripada hubungan sebelum ini. Saya dan dia sekadar berkawan sahaja. Lagipun dia senang didekati dan orang tahu dia kepala gila-gila, tapi kalau orang nak kata dia panas baran, itu semua salah,“ ujarnya.
Tambahnya lagi, bapanya sendiri turut senang akan perilaku Sharnaaz. Anis al-Idrus yang kini menjadi model untuk agensi Karangkraf turut juga berlakon di dalam drama tempatan dan bakal muncul dengan Tribute P.Ramlee pada Oktober ini. (rtky/hfz)
cantik dia ni … ayu je muka ..
Dia ni model buttonmybutton eh?
dia ni berlakon cerita apa?
Ala yg berlakon citer cuak.dgn aliff satar n miasara tu.dulu tak pakai tudung.take la laws Sgt.slang day bertudung making lawa
wah cantiknya.. kalau dah hati suka tu, cakap la.. semoga di permudahkan! :) cantik awak berhijab anis. sejuk mata memandang cuma jangan la ketat sangat ya baju tu nanti. peace!
X mcm model pun…… chubby
cantikkk keeeee… ??????????????? muka garang sey..pstu takde seri pn…
tu la pasal ..cechubby gini leh ke jd model?huhu.. tak selera nokk tgk bdn model cutting ginii
Korang ni…ada je modal nak rendah2kan org. Sy tgk dia ok je. Cantik n manis. Bdan pn x gempal or chubby. Dah rezeki dia dpt jd model…klau x selera, jgn tgk…senang cite.
Allah tak pandang manusia based on cutting badan beb.
Klau pencipta kita pn x pandang smua tu, siapa kita nak persoalkan kejadian Dia?
tak habis2 mengeji je…istighfar cpt
Dia ni model utk majalah2 keluaran Karangkraf. Yg rajin beli Pa Ma, mingguan wanita, selalu keluar wajah dia ni. Sangat cantik dan manis. Wajah dan bentuk badan sesuai la dgn kelompok pembacanye.. yg mengata tu jaga mulut sikit. Anis ni wanita yg baik2.
Sekurang2nye ade gak yg nak amik jd model…kau hado???
Blm dapat baik laaa hehe whats new