Belum Berhijab, Daiyan Trisha Pakai Turban Hormat Bulan Ramadan
Tampil dengan imej memakai turban sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menafikan bahawa dia sudah berhijab sepenuhnya.
Memetik Kosmo, Daiyan berkata imej menutup sebahagian rambut itu lebih kepada untuk menghormati bulan Ramadan serta dalam masa sama baru pulang daripada mengerjakan umrah.
BACA: Daiyan Trisha Doa Cepat Jumpa Jodoh Di Jabal Rahmah
“Saya belum berhijab sepenuhnya. Saya menutup sebahagian rambut dengan selendang pun untuk menghormati kesucian bulan Ramadan.
“Lagi pula saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah. Saya masih dalam proses istiqamah,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu berkata dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila tiba masanya nanti kerana dia tidak mahu tanggalkannya apabila sudah berhijab suatu hari nanti.
Saya tidak boleh janjikan apa-apa tentang imej sebegini. Kalau boleh, jika selepas ini saya sudah memakai hijab sepenuhnya, saya tidak mahu menanggalkannya semula (membuka hijab).
“Tambahan pula saya memang rancang untuk tampil dengan imej sebegini ketika bulan Ramadan. Apa-apa pun kalau saya sudah bersedia nanti, saya akan kekalkan betul-betul,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Sapa yg “sembah” bln ramadan, bln ramadan hanya dtg sekali dlm setahun. Tp sapa yg sembah Allah, Allah sentiasa wujud selama2nya.
Statement mende la retis2 skrg ni. Awak tu sah2 lahir islam. Apepun kami doakan terbaik. Semoga hidayah dtg cepat2 utk menutup aurat