fbpx

“Bella Sudah Maafkan Saya, Kami Mula Hidup Baru”

Penyanyi dan juga pelakon yang menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, Aliff Aziz mengesahkan yang beliau sudah berdamai dengan isterinya selepas apa yang terjadi selain bersyukur sudah dibebaskan pihak polis.

“Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya”

BACA: Isteri Nafi Aliff Aziz Seorang Kaki Pukul

“Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza”

“Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,” kata Aliff Aziz seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Aliff Aziz juga mengatakan yang beliau akan mengadakan sidang media untuk menjawab segala pertanyaan media dan peminat dalam tempoh 24 jam.

“Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham,” ujarnya. (rtky/m)