Selepas sidang Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyerahkan baju Melayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Saddie dilihat bersalaman dengan Anwar Ibrahim sebelum menyerahkan beg berisi kotak baju Melayu.

BACA: Pernah Borak Sekejap, Ibu Syed Saddiq Puji Bella Astillah Baik, Lembut & Ada Paras Rupa

@febbyfeb_98 Yb beri baju melayu kepada PMX???? #pmx #parlimenmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #bellaastillah #syedsaddiq #terbaru #trending #sempornasabah ? original sound – Febbyfeb

Apa yang menjadi perhatian, Perdana Menteri ke-10 itu sempat mengusik Saddiq dengan mengatakan Bella Astillah sepatutnya berada di samping Ahli Parlimen Muar itu ketika menyerahkan baju Melayu berkenaan.

“Bella kena ada kat sebelah,” seloroh PMX kepada Syed Saddiq.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan apabila Syed Saddie berseloroh mengatakan Bella adalah miliknya.

“Jangan kacau. Itu (Bella Astillah) saya punya. Kasi chance lah,”jawab Syed Saddiq.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja mendengar jawapan daripada Syed Saddiq itu serta berterima kasih dengan PMX.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka yang tersengih melihat momen berkenaan sedangkan hanya berikan baju Melayu kepada PMX sahaja.

SUMBER: TikTok febbyfeb98