Pelakon Bella Dally berkongsikan khabar gembira dijembut menjadi tetamu Allah apabila bakal berangkat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Menerusi hantaran di Insta Story, Bella mengucapkan terima kasih buat mereka yang hadir pada majlis doa selamat serta terharu di atas sokongan serta doa yang diberikan.
BACA: Hormat Suami, Bella Dally Tidak Akan Berlakon Dengan Nazim Othman
“Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji.
“Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan.
“Ucapan terima kasih yang istimewa juga kepada mereka yang membantu menganjur dan menyediakan majlis ini. Masa dan usaha anda amat bermakna buat kami,” katanya.
Sementara itu, Bella turut memohon maaf kepada semua jika ada salah silap yang dilakukan secara sedar atau tidak serta meminta untuk mendoakan dia dan suami.
“Ketika kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi, kami dengan rendah hati memohon kemaafan atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan oleh saya atau suami, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Mohon doakan kami,” katanya.