fbpx

Bella Astillah Tawakal, Doa Rumah Tangga Dilindungi

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkata dia tidak suka kontroversi melanda keluarganya namun apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

Memetik BH Online, Bella bagaimanapun berkata episod hitam tersebut mematangkan dirinya serta suami, Aliff Aziz. Kata Bella, dia tidak mahu lagi melalui episod sedih dan mahu gembira.

BACA: Bella Astillah Teringin Bawa Watak Penyondol

“Tidak suka kontroversi kerana kadang-kadang ia di luar kawalan dan jangkaan saya. Apa yang terjadi mematangkan dan ada rasa takut. 

“Saya sudah tidak mahu melalui episod patah hati yang memenatkan dan menyedihkan. Hidup ini cuma sekali, mahu gembira sahaja,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata kontroversi melanda memberi impak besar pada keluarganya serta berharap ianya tidak akan berulang lagi.

“Saya ada ramai keluarga yang perlu dijaga hati, mungkin mereka juga kurang senang dengan kontroversi yang kami lalui.

“Saya tiada niat untuk mencetuskan kontroversi itu. Secara jujurnya, saya tidak mahu ada kontroversi tidak baik. Tetapi kita cuma manusia biasa. Harapnya tidak ada lagi cerita kurang enak didengar sebab ia beri impak besar,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata hubungannya bersama Aliff baik-baik sahaja serta melihat perubahan besar pada suaminya. Tambahnya lagi, dia berharap agar rumah tangganya dilindungi Allah.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Kami pilih untuk tidak terlalu berkongsi dalam media sosial. Saya nampak perubahan besar pada dirinya. Kami hanya tawakal dan berserah. Apa yang terjadi mematangkan suami.

“Ini tahun ketujuh kami berkahwin. Saya sebenarnya takut untuk bercakap mengenai isu bercerai sebab tidak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang. Tawakal dan semoga Allah lindungi rumah tangga saya,” katanya.