Bella Astillah Tarik Diri Berlakon Bersama Ruhainies

Pelakon Bella Astillah memaklumkan dia menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama Terjerat susulan kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditangkap berkhalwat pada Sabtu lalu.

Memetik Harian Metro, Bella berkata keputusan itu dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal semalam dan mereka memahami situasi melanda aktres itu.

BACA: A Aida Blacklist Ruhainies, Tak Mahu Lagi Ambil Berlakon

“Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu. Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Bella turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan drama tersebut dan akan bekerjasama lagi jika ada rezeki.

Difahamkan menerusi drama itu, Bella memegang watak perampas suami (lakonan Fendy Bakry) kepada kakaknya yang dibintangi oleh Ruhainies.

SUMBER: Harian Metro

×