Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia tidak perasan hantaran dibuat ibu mentua, Siti Hafiza ucapan sempena hari lahir kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Memetik BH Online, Bella berkata dia menyedari mengenai hantaran itu selepas ramai yang memperkatakan tentangnya.
BACA: “Cucunda Berdua Penyumbang Keturunan Kami” – Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Untuk Ayden & Ara
“Saya tidak perasan, tetapi, nampaklah ada orang bercakap mengenainya. Saya cuma hendak minta doa yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.
Ditanya adakah dia tidak membenarkan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz, bertemu dengan kedua-dua anak mereka, Bella lebih selesa memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana bimbang tersalah fakta.
Sementara itu, ditanya adakah keluarga bekas suami menunjukkan usaha menghubunginya untuk bertemu anak-anak, Bella berkata dia tidak berkesempatan bertanya ibu mengenai perkara berkenaan.
“Kalau saya cakap ada, takut tersalah cakap. Kalau saya cakap tidak ada pun, bimbang salah juga. Jadi, saya tidak berani komen mengenai itu.
“Bagaimanapun, saya minta semua peminat yang ambil berat mengenai anak-anak saya agar doakan yang terbaik buat keluarga kami,” katanya.
Minggu lalu, Siti Hafiza menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran kedua-dua cucunya. Hafizah berkata meskipun mereka terpisah jauh namun mereka sentiasa mengingati Ayden dan Ara rasa kasih kepada cucunya tidak pernah pudar.
Sumber: BH Online