Pelakon Bella Astillah berkata dia merasa sedih apabila mengetahui namanya termasuk dalam senarai ‘untuk dihalalkan’ yang dibuat oleh netizen di media sosial.
Memetik Media Hiburan, meskipun ianya sekadar hiburan namun Bella berkata dia terkilan apabila ada pihak yang cuba mempermainkan perkara tersebut.
BACA: Elak Cinta Lokasi, Bella Astillah Guna Panggilan ‘Kau, Aku’
“Saya rasa sangat sedih nampak nama di situ. Saya tak rasa gembira pun apabila nampak apa yang dikongsikan itu.
“Tapi inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya (sudah berstatus ibu tunggal). Inilah senarai selebriti yang sudah bercerai atau kini bergelar janda,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata tiada siapa yang mendirikan rumah tangga merancang untuk bercerai bagaimanapun baginya hidup pelru diteruskan.
“Kalau ditanya bila nampak senarai itu, sudah tentu saya sedih. Tapi bagi saya, hidup perlu diteruskan. Cuma bila ada ketika ia seolah-olah dijadikan bahan jenaka, rasa sedihlah. Sebab saya percaya tiada siapa yang ingin berkahwin, kemudian kita merancang untuk bercerai.
“Tinggal lagi sekarang saya mahu menjaga diri dan pandang ke depan. Saya okay sahaja cuma kalau boleh tidak mahu lagi cakap lagi mengenai hal melibatkan perceraian atau gelaran janda. Saya kini lebih senang untuk beri fokus kepada soal kerjaya dan anak-anak sahaja, terima kasih,” katanya lagi.
SUMBER: Media Hiburan