fbpx

Bella Astillah Risau Belum Ada Tanda Nak Bersalin

Dijangka melahirkan cahaya mata kedua hari ini, Bella Astillah akui bimbang apabila masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin meskipun usia kandungan kini sudah mencecah 40 minggu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Bella berkata mungkin bayi dalam kandungannya sudah terlalu selesa berada dalam perut. Bagaimanapun, Bella memberitahu dia akan melakukan pemeriksaan petang ini.

BACA: Bella Astillah Bersalin Sendirian Tanpa Suami Disisi

“Hari ini sepatutnya due date saya. Kandungan sudah 40 minggu tapi masih hamil. Bayi kecil ini sudah terlalu selesa duduk dalam perut.

“Saya masih belum bersalin dan tak ada tanda-tanda pagi pun, apa yang patut saya buat ya? Pemeriksaan kandungan akan dibuat petang nanti, tapu sepatutnya tarikh bersalin hari ini.

“Saya akan sentias aktif hari ini. Saya akan jalan pantas pada pagi ini dan naik turun tangga. Lepas tu, orang cakap minum air kelapa kan?” tulisnya.

Terdahulu, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah memberitahu sebelum majlis berlangsung kakaknya membuat pemeriksaan dan doktor memberitahu pintu rahim sudah terbuka 2 sentimeter.

Meskipun sudah mengalami tanda-tanda bersalin, Bella tetap meneruskan sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayden Adrean yang ke-3 baru-baru ini.