fbpx

Bella Astillah Minta Kekasih Adik Setia, Hormat Keluarga

Pelakon Bella Astillah menitipkan pesanan buat kekasih adiknya iaitu Didi Astillah ketika meraikan hari jadi lelaki tersebut sekaligus menyentuh hati netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh kekasih Didi yang dikenali sebagai Diniey itu, Bella berharap lelaki tersebut sentiasa sabar dengan adiknya itu, Kata Bella, Didi seorang yang kurang sabar dan panas baran.

BACA: Murah Rezeki Bella Astillah, Dapat Hadiah Skuter Elektrik

@ngdiniey

I feel so lucky to have you guys in my life. Terima kasih semua ???

? original sound – Diniey Ng – Diniey Ng

“Kak Long kenal macam mana adik (Didi), dia tiada kesabaran dan panas baran. Tapi Diniey boleh bersabar cuma Kak Long harap jangan sebelum kahwin je lah dan jangan pernah berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Bella turut berpesan agar kekasih adiknya itu tetap setiap dan menghormati keluarganya. Baginya lagi, cukup dia saja yang mengalami kegagalan rumah tangga dan tidak mahu adiknya melalui perkara sama.

“Kak long tak pernah minta Diniey untuk jadi orang terpaling kaya, cukup setia, sayang dan hormat keluarga Kak Long. Cukuplah kak long saja yang gagal dalam perkahwinan, kak long tak nak adik kak long lalui benda sama,” katanya.