fbpx

Bella Astillah Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baru?

Tiada angin tiada ribut tersebar di media sosial dakwaan isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon baharu iaitu Muaz Zabir.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah akaun TikTok yang turut memuat naik paparan mesej panggilan kemesraan seperti pasangan kakasih didakwa perbualan kedua mereka.

BAC A: Netizen Sebak Tengok Ayden Lap Air Mata Bella Astillah

@edisiumat

Sekarang baru faham kenapa. Ni baru tunjuk sikit……. Visit bio #bella #playvictim? #alifaziz #alifazizbella #curang #skandal #fyp #trend

? Sayang Sampai Mati – Repvblik

Bukan itu saja, akaun tersebut turut memuat naik gambar mesra pasangan tersebut bertarikh pada Oktober 2023.

Gambar tersebut memaparkan ibu kepada dua cahaya mata itu memegang leher jejaka berkenaan sambil tersenyum, namun tidak dapat dipastikan kesahihan gambar berkenaan atau mungkin telah disunting.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengatakan foto tersebut diambil ketika penggambaran sebuah drama.

Dalam pada itu ada yang mengatakan mereka tidak mempertahankan Bella namun dapat melihat mesej perbualan tersebut boleh disunting dan tidak kuang juga, ramai yang tetap menyokong Bella.