Bell Ngasri Antara Artis Terima Undian Tertinggi Di ABPBH35

Pelakon Bell Ngasri yang terkenal dengan watak Barkoba mencipta kejutan apabila muncul antara 10 artis meraih undian tertinggi setakat ini saingan Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Memetik BH Online, selain Bell sembilan lagi artis lain yang mendahului undian Top 5 adalah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

BACA: “Dapat Menang Sekali Pun Saya Dah Bersyukur” – Bell Ngasri

Senarai 10 finalis yang memperoleh undian terkumpul tertinggi setakat ini diumumkan pada sidang media pengumuman pra-kemuncak ABPBH 35 semalam.

Terdahulu, Bell berkata dia mengakui terkejut apabila namanya tersenarai dalam Top 5 dan sudah pasti dia menyimpan harapan untuk menang selepas 30 tahun berada dalam industri seni.

Dalam pada itu, Bell mengakui watak Barkoba yang dilakonkannya antara faktor dirinya menjadi sebutan ramai serta mengucapkan terima kasih buat Allahyarham Mamat Khalid kerana watak ikonik itu.

×