Pelakon Zahiril Adzim berkata dia tidak benarkan anak lelakinya, Nadi Anaqi untuk menonton lakonannya yang membawa watak keganasan.
Memetik mStar Online, Zahiril berkata sebagai bapa dia lebih mengenali anaknya dan tidak mahu jika babak yang dilakonkan ditiru.
BACA: “Orang Kata Kalau Nak Murah Rezeki, Kena Bahagiakan Isteri” – Zahiril Adzim
“Saya berlakon watak marah-marah, pukul isteri pun saya tak bagi anak saya tengok. Jadi sebagai ibu bapa, kita lebih kenal anak kita. Kalau rasa anak tengok dan takut dia akan ikut, jangan bagi tengok.
“Tapi jika sebaliknya, sudah jadi tanggungjawab untuk jaga anak kita dan tak bagi tengoklah,” katanya.
Sementara itu, Zahiril berkata dia masih menerima tawaran karya bergenre gangsterisme dan aksi namun kebanyakkannya tawaran drama sering diterima terlebih dahulu sebelum menerima tawaran watak gangster.
“Tawaran untuk genre gangsterisme itu masih ada, cuma banyak tawaran drama datang dulu. Saya pun makin muda, jadi tulang belakang kena jaga, tapi insya-Allah jika ada tawaran naskhah yang baik, saya akan buat,” katnaya.
Sumber: mStar Online