Bekas PA Mak Wan Akan Dedah Lebih Banyak Bukti
Bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah iaitu Amell menyangkal dakwaan bahawa video yang didedahkanya berhubung sikap pelakon itu dirakam oleh dirinya sendiri.
Memetik mStar Online, Amell berkata tidak mungkin dia meminta pelakon itu berlakon sedemikian sebaliknya video itu dirakam oleh pihak lain yang diserahkan kepadanya.
BACA: Dipukul, Ditumbuk & Diugut Bunuh, Mak Wan Lapor Polis
“Tak mungkin saya nak suruh dia berlakon seperti itu. Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis. Selama ini saya simpan kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai pelakon,” katanya.
Amell berkata demikian bagi menepis kenyataan Mak Wan yang menafikan tuduhan melakukan perkara syirik sebaliknya ia adalah video lama ketika berlatih untuk drama Pelaris. Mak Wan mendakwa lagi, video berkenaan dirakam sendiri oleh wanita itu dan bukannya dibuat secara curi-curi.
Sementara itu, Amell berkata dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung kes berkenaan.
“Rasanya lebih baik saya ambil pendekatan untuk berdiam diri terlebih dahulu dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan.
“Orang ramai boleh menilai sendiri menerusi video-video yang saya kongsikan sebelum ini. Saya hanya doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak,” katanya.
Terdahulu, Amell berkata dia sudah membuat laporan polis susulan dakwaan Mak Wan yang menuduhnya mengambil barang kemas.
- SUMBER
- mStar Online
hmmm…sakit ke apa minah ne..doakn yg terbaik tuk dua dua pehak…statement apa ne…knpa in 1st place nak dedah ..lepas tu nak doakn yg terbaik…toinkkk
Kamu tahuke hukum menyebar aib orang. Berdosa besar tau.
Bila busuk hati..nmpak ko yg x betul jgk..sakit jiwa..org tu x kacau ko pun…x malukan ko pun….gila ..
dia ni, tiber sangat asal weh?
hahhaa play victim, tiber doakan 2/2 belah pihak…
hahhhahahha lawak la
Sudah2la tu…brg yg lepas tok sah dikenang…move on je la dik. Duk pung pang2 apa yg hang dpt! Sikit2 nk viral. Budak2 skrg mentality very low. Haissh.
aku rasa dia ni yg betul.aku rasa wan latah yg tkleh percaya.knp dia ni nk jatuhkn wan latah ni tnpa sebab?? mesti ada bende yg dia bgtau tu betul.si makwan ni dan2 time ni ada kne tumbukla apela.sesuatuu sgt.
kalau kau x bersalah pn perlu ke bukak aib org..sebar berita dr org lain..abis kau x salah lah ye…
report jela polis, saman ke, ni tak bukak aib org sampai aib sendri nanti yg nmpk.. x educated n x profesional langsung..hmm yela PA je kn..
Sempena bulan Zulhijjah dan hari raya aidil adha yg bakal menjelang ini, bermaaf-maafan la … buang yg keruh dan ambil yg jernih … hidup ini tak lama
Masa baik, hal dalam kain pun cerita..
Masa bergaduh habis semua dicanang pada org.. satu Malaya tahu..
Lain kali ambil PA yang professional sikit.. ambil budak mentah gitu la.. nak bayar murah ler tu..
laa kan budak ni cakap dia dedahkan sebab mak wan report polis dakwa dia ni curi barang kemas etc
Aku tengokkkkkk je ????? Aku rasa² Aku dpt teka siapa yg dpn lain, d blkg lain.. Dpn pijak semut pun tk mati… ??? tp d blkg, Nauzubillahiminzalik..
Dedahkn lh kt polis je..x perlu pun canang st malaya…
depa yg masaalah kita plak yg sakit ati.mampuihhh piiiii la kt depaa..xdak pasai kita yg kusut masaii..tengok jer drama depa..nk tengok last episod..
ish…klu betul ke mak wan gitu, ko diam2 jerlah…. kang die buat kt ko yg bukan2, tak memasal jer…
aku mohon berlindung dr kejahatan manusia terang2 an didepan dan lebih2 lagi dibelakangku amin