Bekas PA Kecewa DSV Tiba-Tiba ‘Block’ Facebook

Bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Vida iaitu Diyla meluahkan rasa kecewa apabila akaun Facebook miliknya disekat oleh usahawan kosmetik itu.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, Diyla tertanya-tanya mengapa Vida berbuat demikian sedangkan hubungannya dengan bekas majikannya itu baik-baik sahaja dan tiada masalah.

BACA: Pembantu Peribadi DSV Kini Jadi Penyanyi, Tampil Imej Tidak Berhijab

https://www.tiktok.com/@_diylajazz/video/7157950099488886042?is_from_webapp=v1&item_id=7157950099488886042

“Kenapa DSV block saya? Sedangkan kita tiada masalah,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Diyla turut mengucapkan terima kasih kepada DSV dan mendoakan agar usahawan itu maju jaya di masa hadapan. Katanya lagi, dia tidak menghalang jika bermusuh dengannya boleh membuatkan DSV rasa bahagia.

“Terima kasih atas Segalanya Dsv . Semoga maju jaya. Kalau bermusuh dengan saya itu menjadikan dsv bahagia.. teruskan..” tulisnya.

Perkongsian Diyla itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berharap tiada drama seperti bekas pembantu peribadi Vida sebelum ini iaitu Iqbal Zulkefli.

Tidak kurang juga, ada yang berpendapat perkongsian Diyla itu sebagai marketing apatah lagi wanita itu kini sudah bergelar penyanyi.

Sebelum ini, Diyla menjadi pembantu peribadi DSV selama 12 tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengundurkan diri selepas bergelar penyanyi.