fbpx

Bekas Kekasih Wani Kayrie Muncul Kembali Lepas Pakai Kereta Mewah

Bulan lalu, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000.

Wani mendedahkan selepas dia memiliki kereta mewah, ramai lelaki cuba mendekatinya termasuk kekasih lama yang pernah meninggalkannya muncul kembali. Namun, Wani berkata dia mahu memandang ke hadapan dan memberikan fokus pada kerjaya seninya.

BACA: Baru 22 Tahun, Wani Kayrie Beli Kereta Mewah RM192,000

“Tidak dinafikan, ada jejaka tidak dikenali menghantar mesej langsung untuk berkenalan. Malah, kekasih lama juga muncul semula secara tiba-tiba.

“Tetapi, saya enggan terlalu memikirkannya kerana bagi saya, manusia datang dan pergi dalam hidup. Jadi, saya lebih suka membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

“Lagipun, saya masih muda dan perjalanan masih panjang untuk mengecapi impian dalam hidup. Jadi, buat masa ini, saya hanya ingin memberikan fokus kepada kerjaya seni,” katanya.

Dalam pada itu, Wani berkata selepas memiliki kereta mewah dia menyimpan hasrat untuk membeli rumah yang selesa untuk keluarganya.

“Selepas kereta, saya ingin memiliki rumah untuk dijadikan sebagai pelaburan. Lagipun, kerjaya saya memang sepenuhnya dalam bidang seni, jadi saya perlu bekerja dengan lebih gigih untuk membeli rumah pula.

“Kediaman adalah salah satu pelaburan baik. Jadi, sasaran saya membeli rumah bagi persiapan masa depan,” katanya.

Terdahulu, Wani berkata berkata dia sudah lama idamkan memiliki kereta sendiri dan kereta tersebut adalah hasil titik peluhnya yang bertahun mengumpul duit.