Bekas Isteri Pertama Sayu Kemas Baju Datuk Red, Kosongkan Almari

Umum mengetahui, usahawan Datuk Red sudah pun bercerai dengan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hashim atau lebih dikenali Datin Red pada Mei lalu dan sudah pun tamat tempoh idah.

Bersama selama 19 tahun sudah pasti sukar buat Shafila, menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu dilihat ada berkongsikan video sedang mengemas almari dan memasukkan pakaian bekas suaminya di dalam kotak.

BACA: Belum Ada Pengganti, Datin Red Hanya Mampu Doa Kebahagiaan Datuk Red & Adira

@syarifahnorshafila

Separuh jiwa ku pergi ??? #fyp

? Kalau Bukan Karena Kesabaran Yang Besar – putra dirga

Pada akhir video tersebut, Shafila dilihat merenung sayu ke arah almari yang telah dikosongkan itu dengan kapsyen, “Separuh juwaku pergi,” tulisnya.

Perkongsian Shafila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya serta turut berkongsikan kisah yang sama.

SUMBER: Oh Bulan

×