fbpx

Beg Jenama Mewah Lee Zii Jia Harga RM22,000 Jadi Bualan Netizen

Perkongsian seorang pengguna di platform X menjadi perhatian memaparkan gambar pemain badminton negara, Lee Zii Jia bersama pegawai perubatan bernama, Jass Khuzairi.

Namun, apa yang lebih menjadi bualan ramai adalah beg milik Zii Jia jenama mewah Goyard dari Perancis.

BACA: Anak Menangis Nak Jumpa, Hairul Azreen Bawa Lee Zii Jia Datang Rumah

Menerusi perkongsian itu, netizen tersebut memberitahu hasil carian mendapati beg Goyard model Bowling 45 Green Bag itu dianggarkan bernilai RM22,608.

Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain yang memuji citarasa Zii Jia. Malah, ada yang mengatakan beg tersebut siap mempunyai ‘custom’ nama pemain badminton itu.

SUMBER: X