Umum mengetahui, pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego sudah kembali rujuk semula pada 9 April lalu dalam tempoh edah selepas bercerai pada 27 Mac yang lalu.
Memetik mStar Online, Linda berkata hubungannya dengan suami kini seperti zaman mereka mula bercinta 10 tahun yang lalu.
BACA: “Kami Dapat Selamatkan Rumah Tangga Kerana Berjaya Buang Ego Masing-Masing” – Linda
Menurut Linda, apa yang berlaku membuat mereka bermuhasabah diri dan mendalami isi hati masing-masing serta menjadikan cinta mereka lebih utuh.
“Selepas kejadian kami banyak muhasabah diri, duduk berbincang selain mengenali hati budi masing-masing. Ibarat bercinta semula. Cinta yang baru berbanding tempoh 10 tahun sebelum ini,” katanya.
Isnin lalu, pasangan ini mengejutkan peminat apabila muncul di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.
Terdahulu, Linda meluahkan rasa syukur rumah dia dan suami dapat menyelamatkan rumah tangga mereka dan jodoh masih panjang.