fbpx

Asyik Putus Cinta, Luna Maya Akui Kembali Berhubung Dengan Ariel

Meskipun sebelum ini memberitahu pernah menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap Ariel Noah, namun kini Luna Maya sudah pun berbaik dengan bekas kekasihnya itu.

Menurut Luna, apa yang berlaku sebelum ini adalah kisah lama mereka dan kini mereka saling berhubung serta bertanya khabar.

BACA: Hati Sudah Lama Tertutup, Luna Maya Akan Tolak Jika Dilamar Ariel Noah

“Kami bercinta dalam tempoh masa yang panjang. Banyak sejarah antara kami. Pernah ada rasa marah dan menyimpan dendam padanya. Sekarang kami dalam fasa hubungan yang baik. Kami selalu berbual dan bertanya khabar,” katanya.

Dalam pada itu, Luna berkata dia tidak menolak jika ada jodoh diantara mereka nanti namun buat masa ini belum lagi kearah itu.

“Saya tidak tahu soal jodoh. Dahulu saya pernah katakan tidak mahu bersama Ariel kerana terlalu marah. Untuk kembali bersama mestilah kedua-duanya setuju. Kami belum ke arah itu,” katanya.

Apabila bercakap tentang kisah cinta sebelum ini, Luna berkata dia sering menyalahkan diri sendiri apabila hubungan yang terjalin tidak bertahan lama.

“Adakah saya ini terlalu memilih? Ada mana-mana ibu bapa yang mahu anak dia bercinta dengan saya tak?

“Apabila difikirkan semula, saya anggap tak ada jodoh. Bukan salah saya, bukan salah pasangan atau ibu bapanya. Saya tak kisah jika orang bertanya. Tak semestinya saya perlu ikut cakap orang.

“Jika bercinta saya lebih senang untuk kenal dulu. Lebih elok hubungan tidak jadi ketika sedang bercinta daripada berpisah selepas berkahwin,” katanya.