fbpx

Bebas Tuduhan Cedera Pak Guard, Sharnaaz Ahmad Dah Tak Nak Buat Perangai

Pelakon Sharnaaz Ahmad dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi atas tuduhan mencederakan pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada 16 Jun tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mengikuti kesnya. Sementara itu, Sharnaaz berjanji tidak akan mencetuskan sebarang masalah lagi.

BACA: Sharnaaz Yakin Noor Nabila Kuat Hadapi Ujian Perceraian

“Assalamualaikum saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti kes saya dengan rapat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dua orang kuat iaitu peguam saya yang menyokong saya sejak tahun lalu. Alhamdilillah hari Jumaat, kes saya sudah selesai. InsyaAllah saya tak buat hal lagi,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pengawal keselamatan berusia 27 di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.