fbpx

Kalau bab bershopping, memang ramai yang suka. Tak ada duit pun tiba-tiba boleh ada duit kalau ada promosi barang murah-murah. Betul tak? Tak tahulah anda macam mana, tapi kalau kami, bershopping tu memang tak boleh bawa bincang, haha!

Bukan setakat barang barang branded jer, barang-barang borong, barangan cenderahati, barang sukan atau apa sahaja, kalau sampai tempat shopping yang kena dengan jiwa, memang tak pergi ke tempat lain dah. Setuju?

Port Baharu!

Alang-alang kita bercerita tentang tempat shopping ni, kami ada port baharu yang tepat untuk anda terjah sebelum Tahun Baharu Cina nanti. Haa, kalau masuk sini mesti lupa jalan pulang, haha!

Sports Direct baru buka kedai baharu mereka di pusat beli-belah Sunway Pyramid yang akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam! Wahhh, menarik kan? Macam yang anda tahu lah, Sports Direct ini ada menjual pelbagai barangan branded sukan di bawah satu bumbung sahaja!

Bukan itu jer, anda kena check out juga kedai fesyen sukan baharu USC dari Sports Direct ini gais. Baju sukan bukan sekadar untuk bersukan jer, anda nak menggayakannya pun boleh. Jadi, anda kena tengok tau.

Apa yang paling umph, dorang ada buat promosi kaw-kaw sempena pembukaan kedai baharu mereka kali ini. Tak percaya, haa anda baca lebih lanjut tentang promosi yang kami selongkarkan ini khas untuk anda.

Promosi 1 Hari Sahaja (22 Jan)

Okay, yang ini memang anda kena datang dan grab peluang keemasan ini. Promosi yang dorang buat hanya pada 22 Januari sahaja! Kalau anda datang 23 Januari memang tak valid dah, jangan menangis tepi bucu katil sudah lah yer.

Baucar Hadiah Sukan secara langsung RM50 secara percuma akan diberikan kepada 100 pengunjung pertama yang beratur dalam barisan. (Mengikut terma & syarat, berumur 15 tahun ke atas) Tak perlu sebarang pembelian. Anda boleh menggunakan RM50 dengan segera.

Kasut untuk larian, Adidas Supernova dan Adidas Alphatorsion yang asalnya berharga RM450, hanya tinggal RM99 sahaja. Kasut ini memang sangat selesa kerana mempunyai kusyen yang sangat selesa kepada pelari. Awas! Terhad 1 pasang kepada 1 pelanggan sahaja.

Selain itu, tudung Puma tinggal hanya RM19 sahaja. Bola sepak pun hanya RM9 sebiji terhad 1 pelanggan 1 pcs. Murah giler weh. Rugi kalau korang tak datang terjah.

Promosi 2 Hari (22 Jan – 23 Jan 2022)

Untuk promosi seterusnya, hanya valid 2 hari sahaja tau iaitu bermula 22 Januari sehingga 23 Januari. Anda check list di bawah:

1. Under Armour gymsack hanya RM29 sahaja
Anda boleh bawa semua barang keperluan anda untuk ke gim atau latihan anda hanya dalam satu beg jer. Mudah dan fleksibel.

2. Beg galas Puma hanya RM39 sahaja
Beg ini sesuai juga untuk anda outing atau pun ke sekolah.

3. Ransel Karrimor (35 liter)
Bagi anda yang suka hiking, beg galas ini cukup mampu untuk perjalananan mendaki atau mengembara anda.

4. Kasut lari: Adidas Show the Way hanya RM99, manakala kasut Puma 90s Runner pula hanya RM139.

5. Kasut badminton Li-Ning pada harga RM99 sahaja. Fuh, inilah masanya untuk anda kembali beraksi ke gelanggang badminton.

6. Kasut court Adidas hanya RM149, ini baru rupa asli Adidas tau. Anda wajib ada satu!

7. Kasut hiking Karrimor hanya RM129 sahaja, bagus untuk trip hiking harian.

8. Beg makan tengah hari terma Igloo RM9 sahaja, pergh biar betul. Kalau harga asalnya RM49 tau, serius murah.

Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk merebut semua barangan sukan yang kami list kan ini. Jomlah kembali beraksi. Alang-alang barang sukan pun tengah ada promosi di Sports Direct ni kan. Barulah kekal sihat kalau kita menjalani kehidupan yang sihat. Betul tak?

Mengikut terma & syarat. *Semua promosi sah selagi stok masih ada

Promosi 3 Hari (21 Jan – 23 Jan 2022)

Anda jangan ingat dah habis yer, ada lagi! Untuk promosi selama 3 hari bermula 21 Januari hingga 23 Januari ni pula, anda boleh tengok di bawah, excitednya weh!

1. Baucar Beli-belah RM10 percuma apabila anda Snap & Share di media sosial anda! Lah, mudah macam ni pun dah boleh dapat baucar RM10. Wajib share ni. Hehe.

2. Baju-T Puma 3 helai dengan harga RM99 sahaja! Biasanya ia dijual pada harga RM99 untuk 2 helai. Jangan lepaskan promosi besar ini tau!

3. Beli 1 PERCUMA 1!: Jersi dan seluar pendek Under Armour beli 1 PERCUMA 1 bermula dari RM69, boleh dapat top dan bahagian bawah set Under Armour!

4. Beli 1 PERCUMA 1 jaket fleece Gelert: Bermula dari RM49 untuk mendapatkan 2 helai jaket bulu!

Jadi, jangan tunggu lagi, ajak kawan-kawan anda tu lekas.

Wah, Banyaknya Aktiviti Menarik!

Bukan setakat promosi gila ni jer, akan ada aktiviti menarik pada 21 Januari hingga 6 Februari nanti tau.

1. Mesin Layan Diri Puma

Dapatkan peluang untuk memenangi jam tangan Apple, jam tangan Garmin, fon telinga JBL atau hadiah misteri lain dengan perbelanjaan minimum RM188 untuk produk Puma, akan mendapat token untuk bermain mesin layan diri tu nanti. Mana tahu rezeki anda nanti kan?

2. Hadiah dengan Pembelian

– Belanja RM188 dengan mana-mana produk Under Armour, PERCUMA sebuah beg galas Under Armour.

– Beli mana-mana kasut / pakaian New Balance, PERCUMA 1 Botol Air New Balance.

– Belanja RM288 & ke atas dengan mana-mana kasut / pakaian Asics dalam USC, PERCUMA 1 beg sandang Asics yang bergaya.

3. Putar & Menang

Putar untuk memenangi beberapa hadiah percuma daripada Sports Direct sambil-sambil anda membelanjakan RM150.

Haa. amacam anda? Menarik dan tertarik tak Promosi sempena pembukaan kedai baharu Sports Direct di Sunway Carnival ini? Jom sama-sama share artikel ini dan hebohkan pada kawan-kawan dan juga saudara-mara anda tu. Syiok habis! Jangan lupa juga untuk explore new sport fashion di USC dari Sports Direct juga tau.

Untuk info lanjut boleh tengok info di bawah:

Promosi Pembukaan Kedai Baharu Sports Direct
Tarikh: 21 Januari – 23 Januari 2022
Waktu Operasi: 10pagi – 10malam
Lokasi: Lot G1.PT.10 & UG.PT.10.
Ground Floor & Upper Ground Floor,
Sunway Pyramid Mall ,
No:3 Jalan PJS 11/15,
Sunway City, 47500 Selangor, Malaysia.

Facebook: Sports Direct dan USC Fashion Malaysia
Instagram: Sports Direct dan USC Fashion Malaysia.