Setiap ibu bapa pasti impikan anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan mereka apabila sudah menghadap Ilahi suatu hari nanti.
Baru-baru ini, pelakon Datin Niena Baharun berkongsikan kelatah anak sulungnya, Adiel Mikael yang baru sahaja berusia 3 tahun suka membaca ayat suci al-Quran pada setiap pagi.
BACA: Niena Baharun Tinggalkan Kondo Mewah, Nak Duduk Dengan Mentua
View this post on Instagram
“Bangun pagi mesti cari al-Quran atau yassin. Dah jadi seperti permainan kegemaran dia. Ke mana-mana mesti kena bawa.
“Walaupun Adiel baru sahaja masuk tiga tahun dan masih belum lancar bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju dia boleh pickup (cepat belajar),” katanya.
Menurut Niena, dia menganggap minat anaknya terhadap al-Quran adalah suatu kelebihan dan anugerah daripada Allah SWT.
Menerusi video dikongsikan di Instagram itu, Niena dilihat sedang mengajar anaknya membaca surah-surah tiga Qul iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Naas.
Niena mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018 bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Adiel Mikael dan Alyssa Marissa kini berusia setahun.