“Baru Je Umum Cerai Terus Tayang Dada?”

Perkongsian pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah awal pagi tadi tertanya mengejutkan netizen apabila memaklumkan dia dan suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas sudah pun bercerai.

Namun, baru sahaja mengumumkan perceraian, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju dilihat ada memuat naik video review produk kecantikan dengan menayang dada.

BACA: Zarina Anjoulie Cerai Lepas 6 Bulan Nikah?

Lebih menjadi perhatian, kapsyen yang ditulis oleh Anju menjadi perhatian ramai iaitu ‘hidup single be like..‘ merujuk kepada status terbarunya.

Melihatkan video tersebut, rata-rata netizen terkejut serta mengatakan baru sahaja umumkan perceraian terus berpakaian menayang dada.

Bagaimanapun, ramai yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Anju diberi kekuatan serta dipermudahkan segala urusan selepas ini.

Tidak kurang juga, ramai yang tidak menyangka pasangan itu bercerai kerana mereka sangat serasi bersama serta berharap agar Anju dan Yas berbaik serta rujuk semula.

×