Baru Dua Hari Kahwin, Usop Tak Kekok Panggil Isteri ‘Mummy’
Jumaat lalu, penyanyi Usop yang selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Nur Fatihah dengan sekali lafaz selepas dua tahun mengenali hati budi masing-masing.
Baru beberapa hari mendirikan rumah tangga, perkongsian Usop menjadi perhatian ramai apabila Usop dan isterinya membahasakan diri mereka ‘mummy’ dan ‘daddy’.
BACA: Usop Sah Bergelar Suami Nur Fatihah Dengan Sekali Lafaz
Menerusi perkongsian itu juga, Usop turut mengucapkan terima kasih buat isterinya kerana menerima dirinya seadanya dan berjanji akan menjaga Fatihah hingga ke akhir hayat.
“Terima kasih mmy kerana terima daddy seadanya. Insyallah daddy akan jaga mummy sampai ke akhir hayat daddy dan daddy harap perkahwinan ni berkekalan sampai ke jannah…amin,” tulisnya.
Perkongsian Usop itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengusik Usop dan isteri. Kata netizen lagi, baru dua hari kahwin sudah jadi mummy dan daddy.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke syurga dan segera dikurniakan cahaya mata.
selamat dtg ke dunia “gaduh”.
Geli.kawin pastu promote pencuci miss v.jagalaaib bini skit.org pun terbyg sesuatuu je.
Lor ni pun jadi berita ke? Budak2 zaman skrg takyah tggu kawen, suara belum pecah pun dah daddy mummy kat sekolah tu padahal duit topup pun mak pak belikan
Hahahaha
dia ni femes sbb suare dia ke or bini dia cantikk??
owhhhhhhh dua2 kot…
(sendiri tanye sendiri jawab) ;p
cuba tanya ustaz ke ustazah ke atau orang lebih tau hal agama….boleh ke panggil isteri mama,ibu,mak,emak,mummy…… dan sebaliknya panggil suami papa,ayah,abah…. …. tanya je….jgn kecam akk