Umum mengetahui November tahun lalu pelakon Mawar Rashid dan bekas suaminya, Raf Yaakob mengejutkan ramai apabila mengumumkan perpisahan mereka selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Terbaru, perkongsian Raf menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar seorang wanita bertudung namun tidak didedahkan wajahnya serta coretan mengenai wanita tetsebut yang baru dikenalinya.
BACA: Raf Yaakob Doa Jodoh Wanita Beriman
Dalam entri itu, Raf turut berkongsikan cerita bagaimana mereka bertemu ketika berada dalam satu acara majlis namun hanya melihat dari jauh.
“Pertama kali jumpa dia di event. Saya hanya lihat dia dari jauh, kurang 10 minit dan dia dah pergi. Faham je, dah kata pun kerja kan?
“Dan beberapa minggu lalu kami terjumpa sekali lagi. Kali ni di mall, semasa di escalator. Saya sedang turun dan dia sedang naik.
“Saya senyum kepada dia. Senyum biasa-biasa je. Hanya sekadar menyapa. Tapi saya rasa dia senyum balik dekat saya. Melting kejap. Kelakar tapi pelik,” tulisnya.
Perkongsian Raf itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang berpendapat ianya hanya gimik untuk mempromosikan produk. Apa pun sama-sama kita nantikan.