Sejak berkahwin September lalu, rumah tangga pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah sering menjadi tumpuan ramai dan sering menjadi perbualan. Malah, Mira tidak lokek berkongsikan momen dengan suami di laman YouTube mereka.
Meskipun ramai yang kurang senang dengan perkongsian video mereka , namun Mira enggan ambil peduli dengan komen-komen negatif netizen dan tujuan dia memuat naik video di YouTubbe adalah ingin berkongsikan aktiviti harian bersama suami.`
BACA: Mira Filzah Akui Lebih Gemar Dirinya Dipanggil ‘Puan Amirah’
Terbaru, Mira berkongsikan berita gembira apabila berjaya memperoleh silver play button setelah mengumpul lebih daripada 100,000 subscibers hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.
Setakat ini sebanyak tujuh video dikongsikan di saluran YouTube diberi nama EmirAmirah itu dan video kedua pasangan itu berjaya meraih sebanyak 1 juta tontnan.
Di perkongsian video tersebut, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan itu serta berharap mereka akan terus berkongsikan video-video menarik di masa akan datang.