fbpx

Bapa Hafidz Roshdi Harap Kemelut Rumah Tangga Anak Selesai Cara Baik

Bapa kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Roshdi Ahmad berharap kemelut ruma tangga anaknya itu dapat diselesaikan dengan cara baik.

Memetik Sinar Harian, Roshdi berkata bagi pertuduhan menumbuk isteri yang dihadapi anaknya, dia menyerahkan perkara itu diadili oleh mahkamah.

BACA: “Rasa Cinta Saya Terhadap Shuhada Masih Ada” – Hafidz Roshdi

“Sekarang kes ini sedang diadili dan kita doakan yang terbaik. InsyaALLAH kita (keluarga) juga akan selesaikan masalah ini (kemelut rumah tangga Hafidz) dengan cara terbaik,”

Roshdi yang ditemui di mahkamah semalam berharap isu yang tidak berkaitan dengan pertuduhan mahkamah tidak terus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

“Bagi isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan kerana pada saya ia boleh beri kesan tidak baik. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan ia perlu dihentikan

“Kami bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan selama ini kami cuma berdiam (diri),” katanya.

Semalam, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada pada 2 Mac lalu.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Hafidz diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.