fbpx

Susulan musibah banjir berlaku, ada segelintir pihak fanatik agama mendakwa bencana banjir yang sedang dihadapai rakyat Malaysia adalah balasan daripada Allah.

Raja Dangdut yang kini bergelar pendakwah, Iwan Syahman mengingatkan bahawa banjir yang berlaku bukan sahaja ujian daripada Allah tetapi ianya berpunca daripada manusia sendiri.

BACA: Iwan Selalu Tarbiah Aprena & Oktovia, Syukur Sekarang Dah Berhijab

“Setiap apa yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya. Setiap apa yang terjadi juga memang ujian daripada Allah SWT.

“Tapi, jangan kita lupa dan alpa bahawa, setiap apa yang terjadi juga berpunca daripada tangan-tangan kita (manusia) itu sendiri,” katanya.

Kata Iwan lagi, untuk mendapatkan keberkatan dan menjauhkan kemurkaan Allah, kita kena berpegang teguh dengan ajaran agama.

“Nak capai apa-apa kejayaan dan hilangkan segala bentuk bencana, kita perlu berbalik kepada perintah Allah dan sunnah Rasullullah. Tanya diri adakah kita jaga hubungan sesama makhluk.

“Hal ini kerana, kalau buat dosa dengan Allah, Dia Maha Pengampun. Kalau dosa dengan makhluk, sampai kiamat kita kena cari dan memohon ampun,” katanya.