Pelakon Mas Khan sanggup berhabis RM500,000 untuk majlis resepsi serta tidak akan berkira utnuk berbelanja besar untuk berbulan madu bersam isteri.
Memetik mStar Online, Mas berkata dia hanya mahukan isterinya, Anatasa Atikah sentiasa gembira kerana apa yang penting memori yang dicipta bersama.
BACA: Mas Khan Beli Sendiri Baju Isteri Untuk Pakai Waktu Honeymoon
Menurut Mas Khan lagi, dia dan isteri pada awalnya mahu berbulan madu ke Maldives namun ke Bali terlebih dahulu kerana kekangan masa.
“Tak kisah berapa habis sekalipun, apa yang penting adalah memori yang dicipta itu kekal selamanya. Bagimanapun, perlulah buat kira-kira juga. Selepas majlis resepsi mungkin kami akan ke Jepun atau Eropah,” katanya.
Sementara itu, Mas Khan berkata dirinya kini lebih tenang dan bahagia bergelar suami apatah lagi berkahwin dengan wanita yang memahami dirinya.
“Rasa tenang yang cukup berbeza..bangun pagi ada orang di sebelah dan balik kerja pula isteri tunggu. Kadang kala penat juga kena hantar isteri pergi kerja walau ada driver.
“Tapi tak mengapa saya layankan saja, Satu hari penat ini akan dirindui. Penat akan hilang bila melihat senyum isteri. Walau ada ketika bergaduh kecil hanya kerana siapa nak lipat baju. Bila kawan baik jadi isteri, hidup akan rasa cukup…sangat berharga,” katanya.
SUMBER: mStar Online