Pelakon Rozita Che Wan berkata dia teruja untuk merisik bakal menantunya serta lega anak sulungnya, Ammar Effendy memilih wanita berhijab daripada keluarga yang mementingkan agama.
Memetik Kosmo, Che Ta berkata calon menantunya berusia lingkungan 20-an itu seorang yang bersederhana kerana tidak mempunyai akaun media sosial.
BACA: Che Ta ‘Sibuk’ Melawa, Tak Ada Masa Nak ‘Spot Check’ Telefon Suami
“Saya memang teruja nak merisik bakal menantu untuk anak sulung pada minggu depan. Setakat ini, kami baru nak beli cincin tanda untuk si dia.
“Sebagai ibu saya gembira untuk dia. Sebenarnya saya tak kisah siapa pun yang dia pilih asalkan berbahagia. Apabila dapat yang berhijab lebih mudahlah dan lagi satu dia bukan jenis main media sosial.
“Kalau sebelum ini saya doa untuk kebahagiaan anak-anak, selepas ini saya doakan pula rumah tangga dan jodoh terbaik buat mereka,” katanya.
Sementara itu, Che Ta berkata dia baru dua kali berjumpa dengan calon menantunya itu dan yakin pilihan anaknya itu. Katanya lagi, kekasih Ammar berpendidikan dan anak orang alim.
“Apa yang saya tahu keluarga kekasih Ammar pun baik-baik dan alim. Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke tanah air bahkan baru-baru ini Ammar ada bermain golf dengan bakal mentuanya.
“Pada saya, tidak kira sama ada bakal isteri bertudung atau tidak, paling penting Ammar mampu mendidik bakal teman hidupnya menjadi isteri yang terbaik. Saya dan suami pun sudah berjumpa bakal besan. Doakan majlis risik nanti berjalan lancar,” katanya.
SUMBER: Kosmo