fbpx

Bakal Jadi Bapa, Tajul Dedah Sebab Kahwin Usia 19 Tahun

Tiada angin tiada ribut, kecoh baru-baru ini apabila penyanyi, Tajul Ariff yang juga merupakan adik arwah Achik Spin mengesahkan bahawa dirinya sudah bergelar suami kepada Nurul Shamieza Eddie sejak dua thaun lalu.

Perkara itu menjadi bualan ramai apabila netizen bertanyakan mengenai sekeping foto seorang wanita yang didakwa isterinya yang sedang hamil. Tidak mahu netizen terus membuat spekulasi, Tajul mengakui isterinya kini hamil lapan bulan dan dijangka bersalin November depan.

BACA: 6 Penyanyi Remaja Lelaki Paling Popular & Meletop 2017

Menerusi satu temu bual bersama stesen radio baru-baru ini, Tajul memberitahu dia terpaksa merahsiakan status perkahwinannya atas pemintaan isteri yang mahukan privasi.

“Masa tu Tajul baru nak bina nama baru nak cari tapak nak masuk dalam industri. Masa tu baru nak cari makan jadi Tajul pun tak nak lah terus ‘publish’, buat senyap-senyaplah dulu. Bukan nak sorok ke apa tapi kita nak jaga privasi sebab isteri saya pun nak kan privasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tajul turut memberitahu dia mempunyai sebab mengapa mendirikan rumah tangga di usia muda ketika usia 19 tahun dan atas pemintaan keluarga isterinya.

“Saya rasa benda ini jodoh tapi sebenarnya ini adalah permintaan keluarga arwah bapa kepada isteri pernah berpesan supaya kami berkahwin.

“Masa tu arwah kepada isteri saya tengah nazak dan itu merupakan permintaan arwah sebelum dia meninggal,” katanya.

https://www.instagram.com/p/B3TBn3LBEcu/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix