fbpx

Baju Makin Ketat, Penampilan Mia Sara Dikritik Netizen

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai nama pelakon Mia Sara apabila ada netizen yang meluahkan rasa kecewa melihat imej gadis itu.

Baru-baru ini, tular video dimuat naik seorang pengguna di aplikasi TikTok apabila Mia dilihat memakai baju berwarna kelabu sedang menari bersama rakannya.

BACA: Mia Sara Dihentam Terkinja-Kinja Menari Di TikTok

https://www.tiktok.com/@lyygone/video/7142882031528054042?is_from_webapp=v1&item_id=7142882031528054042

Namun, ramai yang terkejut dengan penampilan pelakon remaja itu apabila memakai baju ketat sehingga menampakkan aset dadanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut serta tidak menyangkan individu dalam video itu ada Mia Sara.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak mungkin Mia Sara berpakaian seperti itu serta menyifatkan ianya fitnah jika tidak benar.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sedih melihat penampilan Mia itu serta mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon itu.

Difahamkan, video itu dikongsikan oleh rakannya namun telah pun dipadam selepas menerima kecaman daripada netizen.