fbpx

Baju Dikatakan Seksi, Syafinaz Kata Kalau Tak Suka ‘Just Swipe’

Semalam hangat diperkatakan mengenai penampilan juri tetap GV9 iaitu Datuk Shafinaz Selamat menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat pakaiannya itu tidak sesuai untuk tontonan umum.

Memetik Kosmo, Syafinaz menjelaskan itu adalah imejnya sejak dahulu lagi serta dia tidak memerlukan nasihat orang lain tentang apa yang dilakukannya.

BACA: Baju Seksi Syafinaz Selamat Ditegur Netizen

“Saya mahu hidup yang gembira tanpa memerlukan nasihat daripada orang lain tentang apa yang perlu saya lakukan. Kalau suka, ikut. Kalau tak suka, ‘just swipe’ (abaikan).

“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.

“Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.

“Semuanya pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu sahaja. Kalau rasa tak nak komen, jangan komen apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Syafinaz turut menasihatkan orang ramai menasihati masyarakat tidak memeningkan kepala untuk memberi komen terhadap orang lain.

“Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini. Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya,” katanya.