Baru-baru ini, usahawan dan juga bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa berkongsikan video memaparkan hubungan baiknya dengan bekas suami pertama.

Namum, ada yang netizen mendakwa usahawan itu seolah menormalisasikan perceraian. Menafikan dakwaan itu, Hana berkata dia hanya mahu memberi kesedaran kepada pasangan bercerai supaya tidak penting diri.

BACA: Hana Azraa Dedah PU Abu Sudah Rujuk Dengan Isteri Pertama

“Saya ada baca komen yang menganggap perkongsian saya itu seperti mahu menunjukkan perceraian itu perkara biasa asalkan anak terjaga.

“Tidak pernah berniat menunjuk seperti itu. Pereraian bukan benda biasa. Saya ingin memberi kesedaran kepada pasangan yang sudah berpisah dan ada anak bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Hana mengakui dia dan bekas suami sama seperti pasangan bercerai yang lain dimana ada fasa benci namun akhirnya sedar bahawa anak lebih penting.

“Saya dan bekas suami sama seperti pasangan lain yang bercerai. Kami lalui juga fasa perasan benci dan dendak itu selama tiga bulan.

“Tapi bila fikir semula, kami tak boleh pentingkan diri. Kami perlu jaga hubungan demi anak. Tambahan pula anak kami perempuan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai rumah tangganya dengan PU Abu, Hana mengesahkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

Terdahulu, Hana berkahwin dengan PU Abu pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Uwais Al-Mateen kini berusia dua tahun.

×