fbpx

Badan Masih Kuat, Chef Wan Tak Mahu Serina Teman Jalani Kemoterapi

Pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa syukur sel kanser limfoma yang dihidapi bapanya, Chef Wan belum menyerang organ termasuk otak.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik BH Online, Serina berkata bapanya mempunyai semangat yang kuat melawan penyakit tersebut. Malah, dia sudah mendapat keizinan suami untuk menjaga bapanya namun tidak dipersetujui oleh selebriti cef berusia 65 tahun itu.

BACA: Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Sampai Ke Otak

“Saya duduk di Perlis. Disebabkan jauh, saya selalu mesej papa, lebih lagi, sesi kemoterapi kitaran keempat lebih kuat, jadi papa pening dan sesak nafas.

“Keadaan ini membuatkan saya lebih risau. Saya ada datang melawat papa di Kuala Lumpur dan beritahu suami izinkan saya menjaganya di hospital. Namun, papa tak setuju kerana keadaannya belum lagi terlantar. Doktor pun tak sarankan keluarga temankan di hospital kerana sekarang banyak kes penyakit merebak.

“Sedih juga bila papa tak izin menjaganya. Sebagai anak, saya boleh tinggal semua benda dan berada di sisi papa. Tetapi, saya perlu memahami kehendak papa, dia cakap masih kuat,” katanya.

Menurut Serina lagi, bapanya sempat menderma kepada institusi kanser untuk menjalankan kajian lebih mendalam mengenai kanser dan bantu orang lain dalam keadaan sakit.

“Itulah papa, beliau pun sakit, tetapi masih fikir nak bantu orang. Jadi, bila nampak papa positif, saya jadi positif.

“Saya tak nak tunjuk kesedihan di depan papa. Ini kerana beliau memerlukan sokongan moral, jadi saya tak boleh tunjuk kerisauan,” katanya.

Minggu lalu, Chef Wan memaklumkan dirinya menghidap kanser limfoma. Namun, doktor memaklumkan peluangnya untuk sembuh sangat besar iaitu antara 70 hingga 80 peratus.