fbpx

Baby Shima Pelik Artis Lain Tayang Aset Tapi Dipuji Netizen

Sering terpalit dengan kontroversi panas, penyanyi Baby Shima meluahkan rasa sedih sering menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

Memetik mStar Online, Baby Shima merasa hairan kerana apa sahaja yang dilakukannya pasti akan menimbulkan rasa kurang senang netizen.

BACA: Baby Shima Tak Puas Hati PU, Ustaz & Ustazah Senyap Isu Konsert Di Kelantan 

Bagaimanapun, Shima berkata dia tidak pernah menayang tubuh badan namun sering dikecam, sebaliknya ada artis wanita lain yang lebih seksi namun dipuji pula.

“Saya ada perasan segelintir selebriti wanita lain yang lebih seksi sehingga menayangkan aset tapi tidak dikecam.

“Sebaliknya mereka dipuji dan tidak pula dikecam. Malah, saya yang tidak pernah menayangkan aset secara terbuka pula sering mendapat perhatian netizen,” katanya.

Dalam pada itu, Shima berkata dia tidak lagi melenting serta tidak kisah apabila dikecam kerana dia sedar apa saja dilakukannya serba tidak kena di mata netizen.

“Sekarang saya sudah lali dan tidak kisah jika ada yang masih mengecam kerana apa saja yang saya lakukan pasti ada saja tidak kena di mata mereka.

“Bagi makan kucing mpun kena kecam, buat apa sahaja semuanya dikecam, tapi bila buat show ramai pula yang datang,” katanya.