Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima meluahkan rasa kesian terhadap abang bas ditahan oleh pihak polis susulan konten-konten memaparkan murid sekolah di dalam bas dengan kapsyen yang tidak sesuai.
Menerusi komen di TikTok, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa individu berkenaan yang ditahan susulan penularan konten dimuat naik di media sosial.
BACA: Da’i Fuad Tepis Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Mesej Tegur Da’i Syed
Menurut Baby Shima, dia melihat keikhlasan pemandu bas berkenaan melayan kanak-kanak di dalam video berkenaan seperti adik-adiknya.
“Hmm, cuma nak cakap kesian abang bas. Dia nampak ikhlas sayang budak-budak tu macam adik-adik dia,”komen Shima.
Komen Shima itu mendapat reaksi daripada netizen dimana ada yang sependapat dengan kenyataan penyanyi berkenaan.
Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan komen Baby Shima serta berpendapat sebagai artis sepatutnya ‘educate’ mengenai isu berkenaan.
SUMBER: X