Sebelum ini mengunci mulut mengenai babak cium dengan aktres, Elizabeth Tan dalam filem Abang Long Fadil 3, pelakon Jay Iswazir akhirnya memohon maaf.
Memetik Harian Metro, Jay membuat permohonan maaf kepada pihak yang tersinggung dengan babak dicium Elizabeth serta menjadikan perkara itu sebagai iktibar.
BACA: Babak Cium Dengan Elizabeth Tan, Jay Iswazir Enggan Komen
“Mungkin ada segelintir pihak berpendapat adegan itu sebagai perkara kecil. Mungkin juga ada yang tersinggung dengan babak itu. Apa pun, saya terima dan memohon maaf kerana terlepas pandang.
“Apa yang penting adalah saya seharusnya mengambil pengajaran dan tidak terus membiarkan orang bercakap mengenai isu itu. Lebih baik saya menjauhi perkara yang boleh mengundang fitnah,” katanya.
Dalam pada itu, Jay berkata sebelum ini dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan serta akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Saya sebelum ini berdiam diri kerana tidak mahu memanaskan lagi isu yang sedia menjadi bualan hangat. Selepas sekian lama, akhirnya saya membuka mulut dan sekali lagi memohon maaf.
“Sebagai pelakon, saya menjadikan isu itu sebagai iktibar dan lebih berhati-hati pada masa akan datang agar ia tidak berulang,” katanya.
Terdahulu, Elizabeth mengaku adegan bercium dengan Jay dalam filem tersebut dilakukan tanpa sendiri tanpa menggunakan teknik kamera. Katanya lagi, babak itu dijayakan ketika dia belum berkahwin lagi.