fbpx

Azwan Ali Tersingkir MasterChef Selebriti, Reaksi Peminat Bercampur

Bila kali terakhir Azwan Ali menjadi sebutan kerana sesuatu yang beliau lakukan di’kaca televisyen & bukan sesuatu yang di’sensasikan? Terima kasih Masterchef Selebriti.

Malam tadi, ternoktah perjalanan Azwan Ali dalam persaingan merebut gelaran juara MasterChef Selebriti yang pertama kali di’adakan untuk edisi Malaysia itu.

Kumpulan biru yang di’ketuai Fazley Yaakob telah kalah di’cabaran sajian luar bertemakan menu hidangan kegemaran Tan Sri P Ramlee — agak mencabar sebenarnya.

Terpaksa ke pusingan penyingkiran, kesemua ahli kumpulan biru di’tugaskan memasak hidangan bertemakan mee dan Azwan Ali tersingkir di’akhir program semalam.

Keluarnya Azwan Ali mengundang reaksi yang bercampur baur daripada para peminat MasterChef Selebriti dan tidak kurang juga yang keliru dengan keputusan tersebut.

Satu kelompok peminat sangat bersetuju Azwan Ali tersingkir daripada persaingan kerana bagi mereka selebriti itu hanya tahu menimbulkan kekecohan dan drama. Nama pun Azwan Ali, apalah erti hidup beliau tanpa drama.

Dan, satu kelompok lain agak tidak bersetuju dengan penyingkiran Azwan Ali kerana bagi mereka beliau adalah satu satu’nya selebriti yang memeriahkan dan menceriakan program MasterChef Selebriti.

Kualiti yang sebegitu menurut kelompok peminat ini adalah antara faktor kenapa mereka terus berada di’hadapan kaca televisyen untuk menonton. Apa kata anda?