Nampaknya hasrat pelakon Azri Iskandar untuk menamatkan zaman duda tidak kesampaian apabila hubungannya dengan usahawan, Datuk Noora Kay sudah pun berakhir.
Memetik mStar Online, Datuk Noora mengesahkan hubungan mereka sudah pun berakhir pada hujung Mei lalu serta mendedahkan punca perpisahan mereka disebabkan mereka tidak sesasi sebagai pasangan hidup.
BACA: Ellie Suriaty Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk
“Apa yang saya boleh cakap memang kami dah putus akhir Mei lalu. Saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah. Selepas berkawan dengannya saya rasa tiada keserasian antara kami,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Noora berkata Azri menerima baik keputusan untuk berpisah serta mengekalkan hubungan sebagai kawan.
“Abang Azri seorang yang sangat baik. Bila saya beritahu yang saya rasakan kami tak serasi, dia boleh teirma dengan terbuka. Walaupun dah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak bergaduh, kami bukan budak-budak muda lagi,” katanya.
Terdahulu, bekas isteri Azri iaitu aktres Ellie Suriaty berkongsikan sudah pun berjumpa dengan kekasih bekas suaminya itu.
Malah, Ellie menyifatkan kekasih Azri seorang yang mempunyai kecantikan luaran serta dalaman serta mendoakan urusan mereka ke fasa seterusnya dipermudahkan.
SUMBER: mStar Online