Azlee Senario Luah Rasa Syukur Bebas Hutang 2 Kereta

Pelawak Azlee meluahkan rasa syukur apabila dirinya kini sudah bebas hutang untuk kedua-dua kerera miliknya iaitu jenis Toyota Vellvire dan Honda CR-V.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azlee berkata dua kereta berkenaan sudah selesai dibayar selepas lebih sedekad dia berjuang untuk selesaikan hutang berkenaan.

BACA: Azlee Nafi Saiful Apek Ditahan

“Alhamdulillah Syukur Allah bebas hutang kedua – dua kereta ku  VEllFIRE 11 Tahun Homda CRV 12 tahun.

“Terima Kasih Allah beriku nikmat pinjaman Harta di bumi milik mu. Selepas sekian lama bertarung akhirnya selesai Aamin,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Azlee yang kini sudah bebas hutang kereta.

×