fbpx

Azlee Khairi Akui Bukan Suami Orang Lagi

Sebelum ini hangat diperkatakan pelakon Azlee Khairi mempunyai hubungan istimewa dengan Zara Zya. Namun, segalanya terjawab apabila aktor itu mengakui sedang menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Aniss.

Pendedahan Azlee itu sekaligus mengesahkan dirinya bukan lagi suami orang. Menurut Azlee, dia perlu tampil menjelaskan status dirinya bagi mengelakkan fitnah dan salah sangka. Bagaimanapun, Azlee enggan mendedahkan punca perceraian dengan bekas isteri.

BACA: Azlee Khairi Akui Bercinta Dengan Usahawan Kosmetik

“Saya fikir soal status diri perlu dijelaskan kerana tidak mahu mengundang fitnah dan salah sangka.

“Cuma saya tidak mahu mengulas lanjut persoalan bila saya berpisah dengan bekas isteri,” katanya kepada BH Online.

Mengulas mengenai kekasihnya dikenali sebagai Aniss merupakan seorang usahawan kosmetik, Azlee mengenali gadis berusia 22 tahun itu sejak hampir setahun lalu. Ujar Azlee lagi, dia akui tidak selesa untuk berkongsikan hal peribadi kepada umum.

“Kami masih dalam fasa awal perkenalan iaitu mengenali hati budi. Masih terlalu awal untuk meneka pengakhirannya.

“Saya tidak selesa berkongsi lebih-lebih lagi hal peribadi. Tetapi tidaklah bermaksud hendak berselindung. Aniss faham cara saya. Itu membuatkan saya selesa dengannya,” katanya.

Terdahulu, Azlee mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 36, pada 2014. Namun, pada November tahun lalu, Azlee kembali aktif dengan membintangi drama Seadanya Aku.