fbpx

Azhar Sulaiman Minta Anak Kecilkan Payudara

Semalam hangat diperkatakan apabila anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Susulan itu, Azhar juga turut terkena tempias apabila dituduh oleh tidak pandai mendidik anak. Tampil mengulas mengenai isu itu, Azhar bingung apabila satu demi satu isu anak bongsunya itu dikecam.

BACA: “Mak Bapak Tak Tegur Ke? Seksi Kalah Orang Kafir”

Kata Azhar sebelum ini kecoh isu anaknya tak boleh berbahasa Melayu, sekarang pasal berpakaian seksi pula. Menerusi entri itu, Azhar turut meminta anaknya untuk mengecilkan payudara dan dia akan menanggung semua perbelanjaan untuk rawatan tersebut.

“Hari tu isu tak boleh cakap Melayu dan asyik cakap bahasa Inggeris. Pastu sibuk belajar cakap loghat Kelantan. Sekarang pasal pakaian seksi pulak.

“Leona, cari klinik untuk kecilkan payudara. Ayah akan bayar semuanya. Bila kopek kecik, mesti tak boleh pakai baju-baju seksi lagi,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian terbaru Azhar dilihat berada di Balai Polis Jalan Tun Razak dipercayai berkaitan dengan isu itu, namun tidak mengulas lebih lanjut.

Dalam satu video, pelakon berusia 50 tahun itu juga turut menegaskan setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak namun ada dikalangan anak-anak ada perangai mereka sendiri.

“Kalau anak awak tu berperangai baik, pakai tudung, ikut cakap orang tua, alhamdulillah. Kami pun mahu anak macam awak tu. Tapi anak tu manusia jugak, ada kepalanya tak nak ikut. Jadi saya nak buat macam mana?,” katanya.