Azhar Sulaiman Dedah Imam Muda Nak Jadi Suami Leona

Pelakon Azhar Sulaiman berkata dia terbuka serta menerima siapa saja pilihan jodoh anaknya, Kasih Iris Leona.

Memetik Harian Metro, Azhar berkata Leona berhak memilih sesiapa saja termasuk andai takdir anaknya itu menjadi isteri kedua kerana dia percaya rezeki dan jodoh adalah pada Tuhan.

BACA: Selera Dah Berubah, Leona Kini Tertarik Dengan Lelaki Sepanyol

“Jika kebahagiaannya sebagai madu, tak mengapalah, jadi saya terbuka kepada apa sahaja. Sebab hal perkahwinan ini saya rasa biarlah dia sendiri yang buat keputusan.

“Kalau contoh kita sebagai ibu bapa ini suka A, tapi sebenarnya itu tidak bagus untuk dia dan mungkin tak berjaya untuk bertahan dalam tempoh lama, maka biar dia pilih betul-betul,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata ramai yang datang kepadanya menyatakan mereka berkenan pada Leona dan ada diantara mereka berstatus imam.

“Ramai juga yang datang jumpa saya untuk menjadi suami Leona terutamanya beberapa orang imam di masjid seperti imam muda. Ramai yang bertanya bagi pihak anak-anak atau kawan-kawan.

“Jadi saya kalau boleh biarlah anak-anak berkahwin dengan orang yang duduk berdekatan di Kuala Lumpur. Saya terbuka kepada sesiapa. Saya berharap sesiapa pun yang dia pilih itu akan menjadi pilihan terbaik dan menjadi sebahagian daripada keluarga kami,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×