Ayda Jebat Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang selamat melahirkan anak pertama, cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 7.07 malam tadi.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, Nabil Mahir yang meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak mereka itu dipermudahkan.
BACA: Tunggu Waktu Bersalin, Berat Ayda Jebat Hanya Naik 8 Kg
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya.
Petang tadi, menerusi akaun Instagram Ayda memaklumkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- SUMBER
- Harian Metro
Rilek2 sudah kita ni. Biarkan mahkamah yg tentukan beliau bersalah atau tidak. Allah akn tunjukkan kebenarannya nnti.
UEL tu pun manusia biasa. Tak lari dr buat silap. Bknnya maksum. Jgn kita taksub. Nnti kecewa. Kita cuma doa2kan je yg terbaik supaya keadilan dpt ditegakkan kpd mangsa.
Tahniah hasil cioum ketiak?
Semoga jadi mcm Kak Sajat – wanita cekal, tabah dan bersusah payah …
Berkat gomol ketiak .. next?
Baby wuvv? Hahahahahaha oklah bye
nak tengok bibir anaknya mcm menghisapkah atau lidah terjelir2kah tentu menarik.
nanti boleh buat ivf 6 sekali
Atau muka kerepot yang diaorang selalu buat.,..Nanti anaknya punya.lidah terjelir muka kerepot. Padanlah muka kau 2 orang. 2 stupid people..
sudah ada anak tu please be mature.. x perlu klanjian sngt,.. mnympah! serupa beruk!
Kalo ikut ayahnya..pasti cute