Sempena Hari Jadi, Ayda Jebat Berhasrat Hantar Ibu Tunai Haji
Menyambut ulangtahun kelahirannya pada 17 Mac lalu, Ayda Jebat tidak mempunyai impian peribadi untuknya tetapi berhasrat untuk menghantar ibunya yang tersayang untuk mengerjakan ibadah haji. Jelasnya lagi, jika difikirkan soal peribadi pula, hidupnya kini sudah sempurna.
BACA: Ayda Jebat Gedik Sangat Dalam Video Klip Ala K-Pop?
“Bersempena hari lahir saya, tiada sebarang cita-cita atau harapan persendirian yang saya letakkan. Secara individu, semua sudah ada dan baik-baik sahaja sekarang”
“Saya hanya mahu bekerja dengan lebih kuat dan memberikan kualiti kerja yang bagus agar peminat saya gembira. Selain itu, saya mahu menghantar ibu ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Haji,” katanya kepada Astro Gempak.
Jika tahun lalu, Ayda telah berjaya membolot tiga anugerah dan dinobotkan sebagai Personaliti Sensasi Melodi, tahun ini pula Ayda terus sukses apabila tersenarai di dalam beberapa kategori Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017). Apapun semoga hasrat Ayda akan tercapai dan dimurahkan lagi rezeki di masa akan datang. (rtky/w)
begituu
iyaa
betull
Senarai Hitam Peminjam PTPTN 2017
bagusla:-)
Antara hadiah yg terbaik utk di beri kpd mak dan ayah ialah membelanjakan wang yg sedia ada utk menghantar mereka mengerjakan umrah atau naik haji. Moga dgn bakti murni kpd ibu ayah ni juga akan membawa keberkatan ke dlm kehidupan anak yg memberi.
Nak hantar hantar terus bising dekat laman gosip buat apa.
de rezeki nk hantar…hantar je la xyah nk pukul canang!
esok kalu x jd, kn dh malu. retis2 skang ni ape pn nk heboh
p cabut gg pn nk ckp, tdo lambat pn nk ckp…xcukup tdo pn nk ckp
buat baik pn nk heboh..tah pape tah