fbpx

Ayda Jebat Dituduh Kahwin Dengan Nabil Mahir Sebab Harta

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, timbul dakwaan mengatakan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkahwin dengan suaminya, Nabil Mahir kerana mengejar harta.

Memetik Astro Gempak, Ayda berkata dia tidak terfikir mengenai perkara itu kerana sehingga kini apa saja yang diinginkannya akan dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri.

BACA: Ayda Jebat Dedah Ibu Mentua Tak Bagi Masak, Buat Kerja Rumah

“Saya bukanlah wanita yang memandang harta. Benar, Nabil ada berikan nafkah tetapi bagi saya, kita tidak boleh terlalu bergantung pada duit suami semata-mata.

“Apa yang saya nak, saya beli sendiri. Nabil juga sangat kenal dengan saya yang tidak suka meminta-minta walhal dia selalu tanya kenapa tak minta sahaja daripadanya,” katanya.

Dalam pada itu, dia lebih selesa dengan caranya yang menggunakan duit sendiri kerana apa yang penting baginya suami tercinta memberikan kasih sayang.

“Saya selesa dengan cara begini. Kalau saya beli barang, saya anggap sahaja yang ia merupakan rewards untuk diri sendiri. Cukuplah Nabil beri saya kasih sayang dan perhatian,” katanya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.