Nampaknya selain isu Sajat, rupanya ada satu lagi perkara yang hangat diperkatakan pada siaran Melodi Ahad lalu apabila Ayda Jebat mengenakan anting-anting corak segi tiga dan mata satu yang didakwa seolah berunsur illuminati.
Enggan melayan isu remeh tersebut, Ayda berkata anting-anting yang digayakan itu hanyalah sekadar fesyen. Katanya lagi, netizen perlu berhenti dengan sikap terlalu asyik mencari kesalahan orang lain.
BACA: Nabil Mahir, Ayda Jebat Mengaku Bercinta
“Jangan takut dengan anting-anting saya, tapi takutlah dengan mata sendiri yang suka mencari silap orang.Saya malas nak layan perkara remeh seperti ini. Tak perlu takut dengan apa yang saya gayakan kerana masih berpegang teguh kepada ajaran Islam.
“Apa yang digayakan itu hanyalah sekadar fesyen dan tiada kena mengena dengan amalan khurafat,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Ayda juga menitipkan pesanan kepada netizen agar hentikan tuduhan tidak benar kerana dia masih waras untuk melakukan sesuatu perkara.
“Sebagai selebriti saya perlu menunjukkan contoh yang baik untuk masyarakat. Jadi, takkanlah saya nak paparkan sesuatu yang akan menjejaskan imej buruk kepada diri saya dan umum,” katanya.